Gambar daripada rakaman video yang tular sejak pagi hari ini membabitkan tindakan pelajar menyepak kerusi di kelas semalam. Foto Ihsan Pembaca
Muhamaaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

Polis Kelantan masih belum menerima laporan mengenai video membabitkan beberapa pelajar di sekolah dipercayai di negeri ini bertindak merosakkan kerusi yang tular di media sosial pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, pihaknya mengetahui kejadian itu pagi ini.

“Kita belum terima laporan berhubung kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di Facebook video berdurasi 13 saat yang memaparkan tindakan beberapa pelajar membaling dan menyepak beberapa kerusi plastik dipercayai berlaku dalam sebuah kelas selepas sesi terakhir sekolah semalam.

Tindakan mereka itu dipercayai dirakam menggunakan telefon pintar milik seorang rakan mereka sebelum tular di media sosial sejak pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 11:24 AM