Nabil Basaruddin
nabil.basaruddin@hmetro.com.my

SHAO-Lyn Low tidak pernah terlintas untuk terbabit dalam dunia pertanian tujuh tahun lalu kerana sudah selesa dengan gaya hidup sebagai pereka grafik di sebuah syarikat swasta di ibu kota.

Malah, wanita berusia 34 tahun ini juga tidak pernah menyangka sama sekali untuk berkecimpung dalam perusahaan sosial pertanian yang mampu berkembang maju sehingga menjadi satu perniagaan yang kukuh.

Apa yang menariknya, beliau memulakan perniagaan dalam bidang pertanian itu dengan bermula dari bawah tanpa sebarang pengalaman mahupun pengetahuan dalam bidang itu sebelum ini.

Berbekalkan keazaman, semangat dan tekad yang tinggi, Shao-Lyn kini berada pada kedudukan yang boleh dianggap selesa sekali gus membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dicapai tanpa mencubanya terlebih dahulu.


EATS, Shoots & Roots menyediakan kepakaran untuk mereka yang ingin memiliki taman sayur-sayuran sendiri. FOTO Owee Ah Chun

Eats, Shoots & Roots, perniagaan yang dimulakannya secara sepenuh masa sejak tahun 2012 itu kini mula menempa nama dan berserta dengan usaha gigih dan tanpa putus asa, jenama itu mudah terima khususnya mereka yang berminat untuk memiliki taman sayur-sayuran.

Perniagaan berkenaan menawarkan pelbagai rundingan dalam segmen pertanian moden bagi membantu pelanggannya membina kebun edibel untuk orang persendirian atau komuniti.

Malah, seiring dengan misinya dalam membantu memperkasakan pertanian dan juga mahu memberi pendedahan terhadap kebun dalam bandar, perusahaan itu turut menyediakan bengkel pendidikan untuk kanak-kanak serta dewasa.

Selari dengan perniagaannya yang semakin maju, Shao-Lyn mula mengenal pasti beberapa halangan dan mula mencari jalan penyelesaian tepat bagi memastikan para pelanggannya mendapat layanan yang sebaiknya.

Lumrah dalam dunia perniagaan, Eats, Shoots & Roots mula berdepan cabaran baharu untuk melayani terlalu banyak panggilan daripada pelanggan pada satu-satu masa.

“Setiap panggilan adalah penting kerana boleh jadi ia dari pelanggan berpotensi atau sedia ada yang mahu bertanyakan sesuatu mengenai perkhidmatan dari Eats, Shoots & Roots,” katanya.

Bagi mengatasi masalah terbabit, Shao-Lyn mula mencari apakah penyelesaian tepat dan terbaik bagi isu yang dihadapinya dalam menguruskan perniagaan itu bagi membantu beliau dan lima lagi pekerjanya menjawab panggilan telefon daripada pelanggan.


PENGASAS Eats, Shoots & Roots, Shao Lyn di Bukit Damansara. FOTO Owee Ah Chun

“Saya melakukan banyak carian dan minta pendapat seperti bertanya kepada rakan dan sebagainya. Akhirnya mereka mencadangkan kepada saya untuk mencuba penyelesaian daripada Maxis.

“Jadi, bermulanya awal tahun ini, saya menggunakan ONEBusiness Smart dan ia begitu membantu terutamanya ketika semuanya tengah sibuk dan berada di kawasan kebun serta tidak berada di pejabat. Pelan ini memberikan kami perkhidmatan telefon bimbit, internet di pejabat dan juga telefon mudah alih.

“Dengan perkhidmatan yang disediakan ini, ia begitu bermanfaat dan berpatutan. Perniagaan terus berkembang maju dan pada masa sama dapat melayan setiap pelanggan,” katanya.

Maxis menerusi perkhidmatan penyelesaian talian tetap dikenali sebagai ONEBusiness VoiceGo menawarkan sistem dan perusahaan yang melanggan diberikan satu nombor perniagaan khusus dan apabila pelanggan menghubungi nombor terbabit, setiap seorang akan menerima panggilan itu serentak di telefon mudah alih masing-masing.

“Dengan penyelesaian seperti ini, kesemua nombor telefon pasukan perniagaan ini didaftarkan dan sesiapa sahaja boleh menjawab panggilan pelanggan, ia begitu mudah dan melicinkan operasi kami

Pelanggan akan menerima nombor khas 1700 atau nombor talian tetap (0X) yang akan menjadi nombor perniagaan maya anda untuk memastikan perniagaan anda boleh dihubungi oleh pelanggan pada bila-bila masa sahaja.

“Perkara ini begitu memberikan kelegaan kerana kami tidak memberi nombor telefon peribadi kepada pelanggan kerana ia menimbulkan lebih banyak kekeliruan,” katanya.


SHAO Lyn menunjukkan tanaman yang ditanam dilaman rumah beliau. FOTO Owee Ah Chun

Mengulas lanjut mengenai penyelesaian berkenaan, Shao-Lyn berkata, apa yang menarik mengenai penyelesaian ini, sebaik sahaja panggilan yang diterima itu dijawab, deringan di telefon yang lain akan terus berhenti.

Katanya, proses seperti ini bukan sahaja memudahkan kerja harian di Eats, Shoots & Roots tetapi ia turut membantu menyelesaikan masalah panggilan pelanggan tidak dijawab.

“Dengan penyelesaian ini juga, kami disediakan dengan sambungan jalur lebar di pejabat dan data mudah alih tanpa had untuk telefon pintar sepanjang waktu bekerja.

“Jadi, bersesuaian dengan misi serta perjalanan digital untuk perniagaan ini di mana sambungan Internet begitu penting kerana semua operasi perniagaan bergantung kepadanya memandangkan kami menggunakan perkhidmatan awan.

“Walaupun kami perusahaan berasaskan pertanian namun kami lebih selesa menggunakan perkhidmatan awan secara dalam talian. Segala maklumat dan data serta sistem perakaunan juga secara digital.

“Sekiranya kami perlu mengakses semua ini sama ada ketika di pejabat mahupun di bengkel atau kebun, ia tidak menjadi masalah dengan sambungan Internet yang pantas dari penyelesaian Maxis ini,” katanya.

Shao-Lyn berkata, sebagai perusahaan, beliau mempunyai perancangan untuk mengembang Eats, Shoots & Roots untuk bergerak lebih jauh lagi.

Beliau melihat keputusannya menggunakan penyelesaian Maxis itu juga adalah antara langkah tepat dalam menghubungkan perniagaan itu kepada lebih banyak ruang kejayaan dalam bidang pertanian moden.


CLAIRE Featherstone.

Claire Featherstone Maxis Head of Business Practices berkata Maxis bercita-cita untuk membantu semua peringkat segmen perniagaan mencapai kejayaan dengan memperbaiki dan memudahkan cara perniagaan beroperasi.

“Teknologi yang inovatif dan penyelesaian digital yang ditawarkan bakal memanfaatkan rangkaian talian tetap dan talian bergerak yang disokong oleh rangkaian peneraju industri telekomunikasi yang memastikan kebebasan dan pengalaman tanpa batasan kepada pengguna", katanya.

Maklumat lebih lanjut mengenai ONEBusiness SMART boleh dilayari di https://business.maxis.com.my/mobile/onebusiness-smart/

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 9:00 AM