KESAN darah di lokasi kejadian. FOTO
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


LELAKI ditemui mati di rumah di Taman Sri Pulai, Sikamat di Seremban, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mayat lelaki berusia 56 tahun itu ditemui dengan kesan kelar pada tangan dipercayai bunuh diri.

“Polis menerima maklumat kejadian daripada orang awam jam 10.30 malam sebelum ke lokasi menjalankan siasatan.

“Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian. Berdasarkan kecederaan lelaki itu dipercayai bunuh diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 10:37 AM