DR Mahathir ketika merasmikan PIPOC 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. FOTO NSTP
Mohd Firdaus Ibrahim
firdaus_ibrahim@hmetro.com.my


PEJABAT Perdana Menteri (PMO) mengesahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami sedikit pendarahan hidung, hari ini.

PMO bagaimanapun menafikan laporan portal berita yang mendakwa Dr Mahathir bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Dr Mahathir mengalami sedikit pendarahan hidung, bagaimanapun beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan. Beliau bertugas seperti biasa.

“Berita yang mengatakan beliau bergegas untuk mendapatkan rawatan adalah tidak benar," kata jurucakap PMO ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, portal berita melaporkan Dr Mahathir terpaksa memendekkan sidang medianya kerana bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat pendarahan hidung.

Dr Mahathir sebelum itu merasmikan Kongres dan Pameran Antarabangsa Industri Minyak Sawit (PIPOC) 2019 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 1:20 PM