ABDUL Rahman mengusahakan ternakan ikan sangkar di Sungai Semantan Kampung Lompat. FOTO Roselan Ab Malek
Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my


STATUS sebagai orang kelainan upaya (OKU) bukan penghalang bagi Abdul Rahman Abd Kadir, 25, memasang impian untuk berjaya seperti orang lain.

Hakikat itu dibuktikan menerusi kegigihannya mengusahakan ternakan ikan sangkar di Sungai Semantan, dekat Kampung Lompat, di sini, untuk meneruskan kelangsungan hidup sejak tiga tahun lalu.

Anak bongsu dari enam adik beradik itu kudung kaki kanan akibat kemalangan jalan raya 10 tahun lalu dan terpaksa memakai kaki palsu.

“Kejadian hitam itu menyebabkan saya menjadi murung seketika kerana pergerakan terbatas, tambahan pula sebelum ini saya seorang yang aktif.

“Bagaimanapun, saya bersyukur apabila ayah berusaha mendapatkan kaki palsu dan sejak itu saya mula menyesuai dan menerima kekurangan diri,” katanya.

Katanya, kecacatan dialami tidak sesekali mematahkan semangatnya malah ia menjadikannya lebih cekal dan tabah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 5:15 AM