Tujuh pil kuda yang ditemui pada seorang lelaki semalam. FOTO Ihsan PDRM
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


LELAKI yang memiliki tujuh pil kuda ditahan polis di tepi Jalan Perumahan Baru Padang Kubu, Chukai semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 19 tahun itu ditahan pada 3.05 petang.

Katanya, penahanan suspek dilakukan oleh dua anggota yang melakukan rondaan di kawasan terbabit.

“Ketika melakukan rondaan anggota mendapati suspek berada dalam keadaan mencurigakan.

“Susulan itu, polis menahan suspek untuk pemeriksaan dan menemui tujuh pil merah disyaki dadah.

“Hasil saringan urin turut mendapati lelaki itu positif Methamphetamine dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 1:32 AM