TRELER muatan pasir batu kapur yang terbabit kemalangan itu. FOTO Khairunisah Lokman.
Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@hmetro.com.my


HASIL ujian saringan air kencing pemandu treler yang terbabit kemalangan dengan lima kereta di Kilometer 204.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, semalam disahkan negatif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, pemandu lelaki berusia 54 tahun itu menjalani ujian berkenaan sejurus kemalangan.

“Hasilnya keputusan negatif, namun kita masih menunggu keputusan ujian darah yang dilakukan pihak patologi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihaknya juga sudah merekod keterangan dan percakapan pemandu itu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita berkaitan

Petanda mata kiri berkerdip

'Dua maut, kereta dihempap treler [METROTV]'

'1 treler, 5 kereta kemalangan'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 4:25 PM