Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


RASA kebas, kesemutan, kelemahan otot, rasa sakit pada kaki atau tangan dan sensitif terhadap sentuhan mungkin sesuatu yang biasa dan sering diambil mudah.

Namun, ramai yang tidak mengetahui ia adalah gejala kerosakan saraf yang mulanya biasa tetapi lama kelamaan akan memberikan kemudaratan terutama dalam kehidupan harian.

Gejala yang dikenali sebagai neuropati periferal ini adalah keadaan yang boleh berlaku apabila saraf rosak akibat kekurangan Vitamin B atau sebab lain.

Di seluruh dunia, satu daripada tiga orang mungkin berisiko mendapat neuropati dengan usia yang semakin meningkat.

Untuk mengatasi masalah ini, pengambilan vitamin neurotropik yang merangkumi B1, B6 dan B12 adalah penting bagi mengekalkan kesihatan saraf.

Vitamin B1 adalah untuk membantu menguatkan saraf dan sebagai sumber tenaga bagi saraf. Vitamin B6 pula menggalakkan penghantaran impuls saraf dan membantu melegakan sakit serta Vitamin B12 dapat memulihkan saraf dan mengekalkan sel-sel saraf daripada rosak.


Justeru, bagi memberi kesedaran mengenai gejala neuropati, kunjungi sesi jelajah di lima lokasi iaitu IOI City Mall, Putrajaya (30 Oktober - 3 November), The Curve, Mutiara Damansara (7 - 10 November), IOI Mall, Puchong (13 - 17 November), Queensbay Mall, Penang (28 November - 1 Disember) dan MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur (5 - 8 Disember).

Selain dapat mengetahui lebih lanjut mengenai neuropati periferal, pengunjung juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti menarik sekali gus membuatkan kunjungan anda lebih menyeronokkan dan penuh dengan pengetahuan.


Antara aktiviti yang harus dicuba adalah Cabaran VR Neuro. Berasaskan permainan VR, pengunjung perlu menyusun lima bongkah kotak dengan keadaan tangan yang biasa kemudian dengan tangan yang ditambah dengan gegaran. Menerusi cabaran itu, pengunjung dapat merasai sendiri kesukaran yang sama dialami jika mengalami sakit ini.


Permainan Neuromatch pula bukan saja menguji kepantasan pengunjung memadankan gambar yang perlu diselesaikan dalam masa 30 saat tetapi secara tidak langsung memberi kesedaran akan gejala sakit saraf ini.

Selesai melakukan dua aktiviti, pemeriksaan di Unit Hero Support pula membantu pengunjung untuk mengesan sama ada mereka penderita masalah ini atau tidak. Dengan menggunakan mesin Biothesiometer, alat pengesan akan diletakkan di titik tertentu di tapak kaki dengan gegaran yang sangat minimum. Kepekaan terhadap gegaran itu akan menentukan sama ada pengunjung itu mempunyai masalah atau sebaliknya dan perlulah membuat pemeriksaan lanjut.


Menariknya, setiap aktiviti yang dilakukan membolehkan pengunjung mendapat cop seterusnya hadiah misteri.

Bukan itu saja, pengunjung juga boleh mendapatkan produk vitamin khusus untuk kesihatan saraf pada harga menarik.


Justeru, jangan lepaskan peluang mengunjungi booth #HelpingTrueHeroes untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan saraf seterusnya vitamin neurotropik khusus untuk menangani masalah sakit saraf.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 2:40 PM