PENIAGA di Kampung Nelayan Air Masin, Pekan Kukup melayan pelanggan.
Togi Marzuki
Cnews@nstp.com


REZEKI datang bergolek apabila peniaga warung atau restoran didaerah ini tidak menang tangan susulan premis mereka sentiasa dipenuhi pelanggan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai berlangsung.

Situasi sama turut kelihatan di premis makanan sekitar bandar Pontian, di sini, sama ada pada waktu siang atau malam.

Seorang pengusaha Restoran Selera Tradisional, Farha Mohd Sabri, 31, yang menjual menu ketupat dan burasak berkata, jualannya meningkat sekali ganda sepanjang kempen PRK Tanjung Piai bermula 2 November lalu.

“Kebiasaannya saya menjual ketupat dan burasak sekitar 500 biji sehari namun kini mencecah 1,000 biji sehari.

“Selain itu, menu pelengkap termasuk masakan rendang ayam, lembu dan kambing serta serunding turut meningkat,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 6:00 AM