Dzulkefly (tengah) berbual bersama pakar kesihatan Hospital Tung Shin sempena Program Kem Kesihatan bersama hospital itu hari ini. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin
Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my


SEBANYAK 15 hospital kerajaan di negara ini menggunakan pendekatan perubatan tradisional dan komplementari (T&CM) sejak akta itu diluluskan tiga tahun lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, susulan perkembangan positif itu, beliau yakin kementeriannya dapat memperkasakan kaedah perubatan berkenaan pada masa depan.

“Kita mahu ambil manfaat daripada perubatan ini termasuklah dari kaedah perubatan seperti Ayurveda dan Homeopati,” katanya.

Dzulkefly berkata demikian pada sidang media selepas melawat Program Kem Kesihatan bersama Hospital Tung Shin di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Ijok, Kuala Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, pendekatan itu turut disambut baik Hospital Tung Shin dalam pendekatan kaedah T&CM.

Menurutnya, Hospital Tung Shin menempatkan 40 pengamal perubatan tradisional Cina bagi menawarkan rawatan alternatif kepada pesakit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 November 2019 @ 9:43 PM