Rudy (tengah) bergambar bersama pemain membabitkan kakitangan IPD Dang Wangi serta kakitangan Harian Metro. FOTO Aswadi Alias
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengatasi Harian Metro 3-2 dalam perlawanan badminton persahabatan di Balai Berita di Kuala Lumpur malam ini.

Pasukan IPD Dang Wangi diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Rudy Abdullah.

Terdahulu, rombongan membabitkan 30 anggota dan pegawai itu turut melawat pejabat Harian Metro dan diberi penerangan mengenai operasi akhbar ini oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 10:16 PM