PUSAT penamaan calon PRK Tanjung Piai. FOTO Bernama
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


ENAM individu mengemukakan borang penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di Pontian, sehingga 9.30 pagi.

Enam individu itu membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, 66; Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wendy Subramaniam.

Turut menyerahkan borang penamaan, Presiden Berjasa, Dr Badrulhisham Abdul Aziz dan calon bebas, Dr Ang Chuan Lock yang juga pengetua sebuah pusat tuisyen.

Selain itu, calon bebas kedua, Faridah Aryani Abdul Ghaffar mengemukakan borang pada 9.30 pagi ini.

Bagaimanapun sehingga jam 9.40 pagi ini, calon Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) masih tidak kelihatan mengemukakan borang pencalonan meskipun perkara itu sudah diuar-uarkan di media massa sebelum ini.

Sehingga kini, enam individu sudah mengemukakan borang penamaan dan sedang disemak pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 9:56 AM