Laporan portal Harian Metro sebelum ini
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


MURID tahun enam yang putus kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Tok Dor, Ajil di Kuala Berang pada 21 Oktober lalu bakal menjalani pembedahan esok.

Muhammad Zulhaikal Muhamed, 12, dijadualkan menjalani pembedahan itu bagi menampal kulit di bahagian jahitan anggota fizikalnya yang putus.

Kakaknya, Nur Nabilah, 17, berkata, Zulhaikal sehingga kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Kami (ahli keluarga) dimaklumkan Zulhaikal perlu menjalani pembedahan itu dan mungkin juga perutnya akan ditebuk berikutan saluran najisnya sukar berfungsi dengan baik kerana terlalu dekat dengan jahitan.

“Bagaimanapun, perkara terbabit akan diputuskan kembali oleh doktor pakar selepas ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, Zulhaikal masih tidak bertanya mengenai kakinya yang putus itu.

“Dia seolah-olah sudah tahu tetapi tidak bertanya langsung kepada kami mengenai kakinya.

“Saya tahu adik seorang yang kuat semangat untuk hadapi ujian ini,” katanya.

Dalam kejadian itu, Zulhaikal yang membonceng motosikal ditunggang bapa saudaranya, Samri Said, 52, terbabit dalam kemalangan pada 7.30 malam.

Kejadian itu juga menyebabkan Samri hilang kaki kanan apabila gagal disambung selepas tulangnya hancur.

Berita berkaitan

Bapa saudara turut hilang kaki

'Adik tak tahu kakinya sudah tiada'

Video tular: JPJ Terengganu lapor polis

Murid putus kaki dalam kemalangan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 6:34 PM