KEBAKARAN rumah di Kampung Pulau Melayui FOTO ihsan bomba
Kandau Sidi
kandau@bh.com.my


KANAK-KANAK perempuan rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Penisula, Kampung Pulau Melayu, Miri, kira-kira 4 pagi, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Siti Nur Hidayah Zamri, 11, ditemui rentung dalam bilik tidur di rumah berkenaan, dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.17 pagi sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, rumah berkenaan didapati musnah sepenuhnya akibat api yang terlalu marak. Operasi ditamatkan pada 6.25 pagi tadi sejurus api berjaya dikawal sepenuhnya,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Oktober 2019 @ 8:28 AM