AL-Sultan Abdullah berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, hari ini. FOTO BERNAMA
BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenaan menerima menghadap Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di Rumah Tamu Negara Akasaka di Tokyo.

Pertemuan itu bermula pada 3.40 petang waktu tempatan (sekitar 2.40 petang waktu Malaysia) dan berlangsung 20 minit.

Seri Paduka berada di Tokyo atas undangan kerajaan Jepun bagi menghadiri istiadat pertabalan Maharaja Jepun ke-126, Maharaja Naruhito di Istana Imperial yang berlangsung pada 1 tengah hari (sekitar 12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Kennedy Jawan; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin; Menteri Kaunselor di Kedutaan Malaysia di Jepun Mohd Ishrin Mohd Ishak; Ketua Protokol Kementerian Luar Duta Wan Zaidi Wan Abdullah dan Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Tokyo, Niqman Rafaee Mohd Sahar.

Delegasi Jepun terdiri daripada Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Akihiro Nishimura; Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Minoru Kihara dan Eiichi Hasegawa; Timbalan Menteri Luar Kanan Takeo Mori; Duta Besar Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka dan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Asia Tenggara dan Asia Barat Daya, Kementerian Luar Hiroshi Ishikawa.

Berita berkaitan

Agong, Permaisuri saksi pertabalan Maharaja Jepun

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 5:48 PM