LAPORAN portal berita Harian Metro
Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


SEBANYAK empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan 47 keluarga dan 196 mangsa dibuka di Seberang Perai Tengah.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, jumlah PPS sehingga jam 8 pagi itu dijangka menurun selepas hujan mulai reda awal pagi tadi.

Beliau berkata, PPS dibuka ialah di Dewan Perda Timur, Kampung Permatang Tok Suboh, Dewan Bukit Teh Machang Bubok dan Surau Kampung Pisang Bukit Tengah.

Menurutnya, semua agensi berkaitan sudah digerakkan bagi memantau dan membantu mangsa terjejas.

“Antara mangsa terjejas terdiri daripada warga emas, kanak-kanak, bayi dan orang kurang upaya (OKU).

“Beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air susulan hujan lebat sejak tengah hari semalam sehingga tengah malam tadi, ” katanya.

Namun sehingga jam 9 pagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan ekoran kejadian banjir di daerah ini.

Berita berkaitan

195 mangsa banjir dipindahkan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 10:40 AM