KERATAN laporan sebelum ini.
HM Digital

AHLI Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman yang rebah ketika berbahas di Dewan Rakyat, hari ini dilapor stabil.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR Nibong Tebal Mohd Fitri Ibrahim berkata, Mansor masih menerima rawatan lanjut.

“Sehingga 3.50 petang, beliau masih menerima rawatan. Keadaannya stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 tertangguh beberapa minit selepas Mansor tiba-tiba rebah dan terpaksa dikejarkan ke Klinik Parlimen.

Susulan itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming menasihati Ahli Parlimen supaya menjaga kesihatan masing-masing memandangkan ia bukan insiden pertama.

Beliau juga meminta anggota dewan berdoa untuk kesihatan Mansor sebelum meneruskan persidangan itu.

Berita berkaitan:

  • Mansor rebah ketika bahas di Dewan Rakyat [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 5:08 PM