Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my

DALAM kehidupan kita seharian, sikap bertolak ansur atau berkompromi antara elemen penting yang perlu diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang bagi mewujudkan suasana harmoni.

Begitu juga ketika memandu di atas jalan raya, tidak perlu berebut untuk susur masuk dan memberi laluan kepada kenderaan lain jika berada di persimpangan yang sibuk.

Namun ada perkara yang anda tidak patut berkompromi dan salah satunya ialah dengan menggunakan minyak enjin murah tanpa mengetahui tahap kualiti dan syarikat yang mengedarnya.

Malah tahap prestasi juga boleh diragukan apabila menggunakan produk sebegitu yang tidak jelas akan sejarah keupayaan dan teknologi yang pernah dihasilkan.

Mengapa perlu memilih jenama yang penuh meragukan sedangkan anda boleh mendapatkan minyak enjin berkualiti pada harga sangat berpatutan daripada Shell?

Kini, Shell menawarkan produk minyak enjin terbaharu iaitu Shell Helix HX8 dengan formulasi teknologi Flexi Molecule yang boleh membantu melindungi enjin yang disesuaikan gaya dan keadaan pemanduan masyarakat di negara ini.


Antara kelebihan HX8 ini ialah menawarkan kawalan deposit dan kestabilan kelikatan suhu tinggi 58 peratus lebih baik, hakisan alatan dalam keadaan ketika pemanduan berhenti dan bergerak dengan perlindungan sehingga 40 peratus serta kehausan pada komponen dalaman enjin sehingga 78 peratus.

Bagi memenuhi keperluan pasaran yang berubah serta kehendak pengguna terhadap minyak pelincir berkualiti serta kelikatan rendah, pengeluar kenderaan kini menaik taraf kilang mereka untuk memenuhi keperluan servis berkenaan.

Usaha berkenaan termasuk menggunakan minyak pelincir Shell Helix HX8 OW20 yang menawarkan minyak enjin sintetik berprestasi premium terbaik bagi semua pemilik kenderaan.


Ini memberi kelebihan dan kelegaan kepada pemilik kenderaan menikmati jangka hayat enjin lebih lama serta dalam masa sama membantu penjimatan bahan api, selang masa penukaran minyak hitam lebih panjang dan kos penyelenggaraan lebih rendah.

Shell Helix HX8 baru boleh didapati dalam dua pilihan kelikatan dengan setiap pek 4 liter dijual pada harga RM165 (Semananjung Malaysia) dan RM166 (Sabah dan Sarawak) untuk Shell Helix HX8 Synthetic 5W-40 serta RM199 (Semenanjung Malaysia) dan RM200 (Sabah dan Sarawak) untuk Shell Helix HX8 X 5W-30.

Sempena pelancaran Shell Helix HX8 0W-20, Shell Malaysia menawarkan diskaun RM25 terhadap tiga variasi Shell Helix HX8 yang ditawarkan. Promosi berkenaan bermula dari 1 Oktober sehingga 30 November 2019.

Daftar sebagai ahli SHARE sekarang dengan melayari laman web www.shell.com.my/helix25off untuk menikmati promosi terhad ini. Kunjungilah pusat servis sah yang terdekat dengan anda sekarang!

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 11:05 AM