KEBAKARAN memusnahkan empat Prime Mover Scania diletakkan berhampiran Tol Ayer Hitam. FOTO IHSAN BOMBA
Adnan Ibrahim
am@hmetro.com.my


EMPAT Prime Mover Scania musnah 70 peratus ketika diparkir berhampiran Plaza Tol Ayer Hitam dekat Batu Pahat, semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Zakaria Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.19 malam sebelum sembilan anggota bersama sebuah jentera dan sebuah lori tangki dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba, kami dapati berlaku kebakaran membabitkan empat kenderaan berat diletakkan secara berdekatan di parkir berhampiran Plaza Tol Ayer Hitam.

“Bomba mengambil masa kira-kita 40 minit untuk memadamkan kebakaran,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Zakaria berkata, pemeriksaan mendapati tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 11:23 AM