Khairul Najib Asarulah Khan
khairul.najib@nstp.com.my


EMPAT rakyat Malaysia parah dalam kemalangan bas di Afyonkarahisar, Turki, semalam.

Pengurus Komunikasi Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Mahfizul Rusydin Abd Rashid berkata, mereka yang parah itu sedang menerima rawatan di Hospital Afyonkarahisar, Turki.

Katanya, mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan yang stabil.

“Kejadian itu berlaku jam 11 pagi waktu Turki ketika bas itu dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia.

“Seorang kakitangan PKNS, Azalan Miswan disahkan maut di lokasi kejadian jam 11.45 pagi.

“Buat masa ini, PKNS dengan kerjasama pihak Kedutaan Malaysia di Turki dan Wisma Putra sedang berusaha untuk membawa pulang semua mangsa yang terbabit dalam kadar segera dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, seramai 35 rakyat Malaysia yang menaiki bas itu di mana sebahagiannya terdiri daripada anggota PKNS.

Kejadian itu mengakibatkan 10 penumpang mengalami kecederaan.

Berita berkaitan

[UPDATE] Waris masih tunggu maklumat susulan

Identiti rakyat Malaysia maut di Turki dikenal pasti

Identiti rakyat Malaysia maut di Turki dikenal pasti

[UPDATE] Saya doakan mereka selamat

[UPDATE] PKNS tunggu maklumat kemalangan di Turki

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 12:23 PM