BANJIR di Lintang, Sungai Siput. FOTO Ihsan PPD Kuala Kangsar
Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


HUJAN lebat berterusan sejak semalam, menyebabkan Sungai Siput, dilanda banjir, hari ini.

Setakat 11 pagi tadi, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat dibuka bagi menempatkan 56 penduduk terjejas.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Sungai Siput berkata, banjir bermula 5 pagi susulan limpahan air Sungai Pelus.

“12 keluarga dipindahkan membabitkan 20 lelaki, 18 wanita, 15 kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan serta seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

“Keadaan cuaca ketika ini cerah dan situasi banjir dipantau pelbagai agensi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pelbagai agensi memantau situasi banjir di daerah itu.

Ia termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, bomba, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Oktober 2019 @ 12:47 PM