LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Siti A'isyah Sukaimi.
sitiaisyah@hmetro.com.my


GAS hidrogen disahkan digunakan dalam belon yang meletup pada Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2020 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Sabtu lalu.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan menerusi kenyataannya di sini.

“Belon meletup kerana gas hidrogen digunakan dalam belon. Hidrogen sangat sensitif dengan alat atau bahan membakar.

“Laporan polis awal dibuat oleh pihak polis, kemudiannya laporan turut dibuat oleh wakil Kementerian Pendidikan,” katanya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, suspek berhubung kejadian berkenaan belum dikenal pasti.

“Kita buka kertas inkuiri polis untuk mengetahui punca kejadian," katanya.

Dalam pada itu, Rosly berkata, setakat 10 pagi ini, empat mangsa membabitkan dua lelaki dan dua wanita masih dirawat di dalam wad.

Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan, seramai 16 melecur dalam insiden belon meletup pada satu program di Dataran Putrajaya.

Siasatan awal mendapati, kejadian disyaki berpunca daripada cubaan memotong tali pengikat belon bagi melepaskannya menggunakan pemetik api.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh orang dewasa susulan penemuan pemetik api di lokasi kejadian.

Berita berkaitan

'Saya masih trauma' [METROTV]

Belon meletup mungkin diisi gas lain - TPM [METROTV]

Belon meletup: 6 masuk wad

Potong tali ikat belon guna 'lighter'

'16 cedera, melecur belon helium meletup'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 11:56 AM