BERNAMA

SEMUA enam suspek utama yang disyaki terbabit dalam pembunuhan gajah Pygmy di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau pada Khamis lalu, direman empat hari bermula hari ini.

Mereka terdiri daripada lima warga tempatan serta seorang pendatang haram berusia antara 48 hingga 68 tahun ditahan semalam dan permohonan reman mereka dibuat 10.15 pagi di Mahkamah Majistret Tawau oleh Pegawai Penyiasat Polis, Inspektor Azlinda Buang.

Perintah tahanan reman kemudian dikeluarkan Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus untuk membolehkan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

Semalam, polis menahan enam lelaki termasuk seorang peneroka dan pekerja syarikat peladangan serta seorang pendatang haram, susulan pembunuhan menggunakan senjata buatan sendiri terhadap seekor gajah Pygmy di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan dekat Tawau pada Khamis.

Kesemua tangkapan itu dilakukan dalam serbuan Ops Khazanah antara 12.20 tengah malam hingga 12.30 tengah hari.

Berita berkaitan

6 suspek bunuh gajah pygmy dicekup

Ganjaran RM30,000 heret pembunuh gajah pgymy

Mati terseksa, 70 peluru dalam badan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 11:01 AM
SEORANG daripada suspek dibawa polis, semalam untuk menunjukkan lokasi gading gajah itu yang disembunyikan mereka. FOTO Abdul Rahemang Taiming.