BERNAMA

BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan penurunan pada 7 pagi ini berbanding 12 tengah malam tadi walaupun kualiti udara di sebahagian besar kawasan di Semenanjung masih dalam kategori tidak sihat.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Klang di Selangor yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (203) pada 3 petang semalam merekodkan bacaan lebih rendah (168) iaitu dalam kategori tidak sihat, pagi ini.

Kualiti udara di semua kawasan di Sarawak bertambah baik dengan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan semalam berkata semua sekolah dibuka seperti biasa hari ini dan sebarang perubahan atau maklumat terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu sila layari www.bernama.com.

Lagi berita berkaitan Ancaman Jerebu

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 9:05 AM