Faliq Lajim
faliq.lajim@nstp.com.my


BACAAN indeks pencemaran udara (IPU) di Semenanjung negara terus merosot, setakat 8 pagi hari ini.

Menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Klang terus berada dalam kategori sangat tidak sihat sejak dengan bacaan IPU terbaru 212.

APIMS turut merekodkan sebanyak 39 kawasan di sekitar Semenanjung berada pada tahap tidak sihat.

Antaranya ialah Langkawi, Kedah dengan bacaan IPU 104 , Minden, Pulau Pinang (106) dan Balik Pulau, Pulau Pinang (137)

Di Perak empat kawasan terjejas ialah Taiping (111), Tasek Ipoh (154), Pegoh Ipoh (131) dan Seri Manjung (172).

Turut terjejas dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Batu Muda (140) dan Cheras (154) selain Putrajaya dengan bacaan 175.

Dalam pada itu, IPU di Selangor pula, Kuala Selangor (186), Petaling Jaya (166), Shah Alam (171), Klang (157) dan Banting (149).

Turut tidak sihat ialah tiga kawasan di Negeri Sembilan iaitu Nilai (190), Seremban (159) dan Port Dickson (145).

IPU di Melaka pula, Alor Gajah (134), Bukit Rambai (138), Bandaraya Melaka (133); dan Johor - Segamat (154), Batu Pahat (117), Kluang (111), Larkin (125), Pasir Gudang (114), Pengerang (105), Kota Tinggi (105) dan Tangkak (128).

Pantai Timur; Pahang - Rompin (144), Temerloh (137), Jerantut (114), Indera Mahkota Kuantan (159), Balok Baru Kuantan (155); Terengganu - Kemaman (158), Paka (135), Kuala Terengganu (129); dan Kelantan - Tanah Merah (112), Kota Bharu (105).

Sementara itu, bacaan IPU di Sabah dan Sarawak pula semakin baik.

Hanya Sri Aman, Sarawak merekodkan IPU tidak sihat iaitu 134, namun bacaan di kawasan itu semakin baik berbanding petang semalam.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).

  • Lagi berita berkaitan Ancaman Jerebu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 9:01 AM
    KEADAAN jerebu di sekitar Kampung Johan Setia, Klang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 9 pagi adalah 211 iaitu paras sangat tidak sihat. FOTO FAIZ ANUAR