Mahaizura Abd Malik
mahaizura@hmetro.com.my


KUALITI udara dalam negara masih berjerebu dengan 38 lokasi masih merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) bacaan IPU tertinggi direkodkan di Johan Setia Klang iaitu 193 diikuti Sri Aman (183) dan Batu Muda (173).

Kawasan lain yang terjejas adalah Sungai Petani (107), Kulim Hi-Tech (105), Seberang Jaya (103), Minden (140), Balik Pulau (151), Taiping (111), Tasek Ipoh (164), Pegoh Ipoh (145), Seri Manjung (132) dan Tanjung Malim (134).

Turut tidak sihat ialah Cheras dengan bacaan IPU (153), Putrajaya (138), Kuala Selangor (152), Petaling Jaya (148), Shah Alam (143), Klang (131) serta Banting (116).

Nilai turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan 140 diikuti Seremban (124), Port Dickson (117), Alor Gajah (104), Segamat (129) dan Tangkak (106).

Di sebelah pantai timur lokasi terjejas adalah Rompin (114), Temerloh (127), Jerantut (134), Indera Mahkota Kuantan (142), Balok Baru Kuantan (135), Kemaman (142), Paka (125) dan Kuala Terengganu (136).

Selain itu, kualiti udara di Sarawak yang sebelum ini pernah mencecah paras bahaya bertambah baik iaitu ILP Miri (102), Miri (107), Samarahan (136) dan Kuching (139).

Data keseluruhan dipaparkan laman web dikendalikan Jabatan Alam Sekitar itu turut menunjukkan kualiti udara di 29 kawasan lain berada pada paras sederhana dengan rekod bacaan IPU antara 57 hingga 99.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya.

Lagi berita berkaitan Ancaman Jerebu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 9:35 AM