ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran di kedai tayar terpakai dan kotak di Jalan Metro Perdana, Kepong, malam tadi. FOTO ihsan bomba.
Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@nstp.com.my


KEDAI tayar terpakai dan kotak musnah dalam kebakaran di Jalan Metro Perdana, Kepong, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 9.43 malam.

“Seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang serta bantuan dari BBP Gombak Selatan, BBP Sri Hartamas dan BBP Sentul diketuai Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba 1 Rodzlan Othman dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran di kedai dua tingkat menyebabkan 80 peratus kemusnahan.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 9.57 malam dan api padam sepenuhnya pada jam 10.13 malam,” katanya.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 1:17 AM