PELBAGAI gaya dapat dilihat pada makan malam bertemakan Malam Bollywood pada Hari Keluarga BMW E60 Official Club Malaysia di Port Dickson, semalam.
Saipul Adli Mohamad
am@hmetro.com.my


SERAMAI 150 ahli kelab serta keluarga memeriahkan Hari Keluarga BMW E60 Official Club Malaysia di Port Dickson, semalam.

Lebih menarik, makan malam bertemakan ‘Malam Bollywood’ menyaksikan suasana penuh warna-warni dan pelbagai gaya.

Setiausaha kelab berkenaan, Mohamad Zaman Awang Kechik berkata, secara keseluruhan sebanyak 60 kereta BMW E60 bergerak dari seluruh negara sebelum berkumpul di Port Dickson, sekali gus meraikan bulan kemerdekaan bersama-sama.

“Ini kali keempat kelab ini mengadakan hari keluarga selepas kali pertama di Pulau Pinang pada 2016 dan Kuantan, Pahang pada 2017 serta di Johor Bahru pada Disember lalu.

“Saya bersama ahli dari zon utara serta kelab jemput, BMW Northern Group bergerak awal sebelum berkumpul di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban dan memasang Jalur Gemilang pada bonet kereta.

“Kami kemudian bergabung dengan ahli dari zon selatan serta kelab jemputan dari Johor, Bimmers Official Society (BOS) di Port Dickson,” katanya.


AHLI kelab serta keluarga bergambar kenangan pada Hari Keluarga BMW E60 Official Club Malaysia di Port Dickson, semalam.

Beliau berkata, bagi mengeratkan silaturahim dan bersuai kenal, mereka menyertai acara sukaneka seperti berebut bendera, makan biskut yang diletakkan di atas dahi, pindah tepung, pindah air, baling telur serta belon kereta api.

Katanya, pada sebelah malam mereka bergaya sakan untuk makan malam bertemakan Malam Bollywood sambil menyertai cabutan bertuah dan persembahan karaoke.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 September 2019 @ 12:16 AM