Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


PERSELISIHAN faham dipercayai punca lelaki warga Afrika parah diserang dengan parang di sebuah kelab di pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 16 September lalu.

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, mangsa yang berada di premis terbabit didatangi dua lelaki Afrika bersenjatakan parang yang terus menyerangnya.

Menurut sumber, mangsa dibelasah dengan teruk sebelum suspek melarikan diri.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang parah di kepala, tangan dan pinggang dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

“Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian bergegas ke lokasi sebelum menahan seorang suspek jam 2 pagi 17 September lalu di kawasan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, penahanan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 3:03 PM