Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my


SETIAP hari, semakin banyak kawasan di seluruh negara mencatatkan Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat akibat jerebu yang melanda negara.

Bacaan dipaparkan sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan beberapa kawasan terutamanya di Selangor dan Sarawak terjejas teruk dan terus mencatatkan peningkatan IPU.

Malah, jerebu akibat kesan pembakaran di Indonesia juga semakin serius apabila titik panas di Kalimantan, Indonesia didapati meningkat kepada 1,307 pada Jumaat minggu lalu.

Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan orang ramai supaya mengehad atau menangguhkan aktiviti luar ekoran keadaan cuaca yang tidak sihat ketika ini dan pastikan kekal hidrat.

Orang ramai turut dinasihati supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing pada musim jerebu ini dengan mengambil beberapa langkah pencegahan bagi mengurangkan kesannya ke atas kesihatan mereka.

Tidak ketinggalan, turut sama tampil prihatin dan mengambil berat dengan keadaan kesihatan masyarakat ketika waktu jerebu ini adalah jenama nombor satu minuman isotonik, 100PLUS.

Melalui Skuad 100PLUS, sebanyak 200,000 botol minuman itu diedarkan dalam pelbagai perisa kepada orang ramai secara percuma di beberapa lokasi terpilih termasuk Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor untuk membantu masyarakat kekal hidrat dalam menangani jerebu.


Menerusi usaha itu, 100PLUS berharap rakyat Malaysia dapat mengutamakan kesihatan mereka sekeluarga dan pada masa sama kekal hidrat bersama 100PLUS.


Diperkaya dengan mineral dan elektrolit, 100PLUS boleh menjadi ‘rakan’ bagi mengekalkan kehidratan tubuh sepanjang masa seterusnya membantu melawan fenomena jerebu ini bersama-sama.


Tip ketika mengharungi musim jerebu.

1. Banyakkan minum air walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari atau lebih mengikut keperluan untuk kekal hidrat).

2. Pastikan semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih, dimasak serta disimpan dalam keadaan yang baik sebelum digunakan untuk mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan.

3 Gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai jika berada di luar rumah.

4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 10:00 AM