TUNKU Azizah berkenan menerima menghadap Lakhdhir di Istana Negara di Kuala Lumpur. FOTO Instagram Istana Negara
Idris Musa
idris@hmetro.com.my


RAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerima menghadap Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir di Istana Negara di Kuala Lumpur.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku turut mengurniakan kek buah hasil air tangan Tuanku sendiri kepada Duta Besar Amerika Syarikat. Daulat Tuanku,” menurut catatan di Instagram Istana Negara, hari ini.

Menerusi foto dimuat naik itu, Tunku Azizah dilihat berbusana kurung kuning, manakala Lakhdhir yang dipilih mewakili negaranya sebagai duta ke Malaysia sejak Jun 2016 mengenakan baju kurung biru.

Foto itu mendapat maklum balas positif warganet, antaranya ayumie1202 yang menulis: “Very sweet baju kurung she’s wearing!!’.

Sementara yang lain, izrulyos dengan komen: “Simple je baju Tuanku Permaisuri... terbaik.”

Amitamo89 menulis: “Nampak humble je Tuanku Permaisuri nie. Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik pada Tuanku Permaisuri ni.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 September 2019 @ 8:14 PM