MUSTAFA (tiga dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas dalam tiga serbuan. FOTO Togi Marzuki
Togi Marzuki
am@hmetro.com.my


SASARAN utama mereka adalah melarikan tabung masjid serta duit dari tabung tokong sekitar daerah ini. Itu antara kegiatan jenayah dilakukan empat suspek berusia 15 dan 43 tahun.

Semua suspek yang mengganas sejak beberapa bulan lalu ditahan hasil Op Lejang, Op Pintu dan Op Tapis dilakukan polis daerah ini bermula 1 Ogos hingga 15 September lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh, berkata, tiga operasi berkenaan turut merampas barangan milik penjenayah bernilai RM50,000.

Katanya, dalam ketiga -tiga op itu mereka menahan 15 suspek berusia 15 hingga 47 tahun.

“10 suspek berusia 15 hingga 47 tahun melakukan jenayah mencuri motosikal, tiga suspek berusia 15 hingga 22 tahun mencuri duit tabung di rumah ibadat (tokong), seorang suspek berusia 43 tahun mencuri tabung masjid, manakala seorang suspek berusia 20-an adalah dalang utama kegiatan curi motosikal dan pecah rumah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 September 2019 @ 5:45 AM