DUA wanita Thailand yang ditahan dalam operasi berkenaan. FOTO Ihsan JIM
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


DUA wanita warga asing ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang ketika Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia(JIM) Kedah di Alor Setar dan Gurun, semalam

Dua wanita terbabit antara 12 warga asing yang ditahan dalam serbuan di beberapa premis perniagaan dan rumah dalam operasi bermula pada 2 petang sehingga 8 malam.

Pengarah JIM Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, dua wanita terbabit ditahan di sebuah premis dipercayai menjadi lokasi kegiatan tidak bermoral.

Menurutnya, seramai 79 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan 12 daripada mereka ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan

“Mereka yang ditahan membabitkan empat lelaki dan lima wanita warga Thailand, serta tiga lelaki warga Bangladesh.

“Semua mereka berusia antara 16 hingga 46 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Katanya, semua yang ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan Perkara 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

“Semua mereka ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri di Alor Setar untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan ke Depoh Imigresen di Belantik, Sik,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 2:13 PM