STAF pengawasan Pusat Data Alam Sekitar memantau skrin paparan bacaan Indeks Pencemaran Udara. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Nor Akmar Samudin
akmar@mediaprima.com.my


MASALAH jerebu yang semakin buruk di negara ini dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Kata beliau, kerajaan sudah berhubung secara rasmi dengan Kerajaan Indonesia pada peringkat kementerian.

“Dalam mesyuarat Kabinet esok, kerajaan akan berbincang untuk langkah seterusnya dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim akan mengetuai perbincangan.

“Selepas itu barulah Kementerian Luar mengambil langkah susulan,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Pertukaran Bola keranjang Malaysia-China, hari ini.

Hadir sama Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tai dan Presiden Persatuan Bola keranjang Malaysia, Datuk Lua Choon Hann.

Beliau berkata, isu jerebu merentas sempadan negara tidak akan menjejaskan hubungan Malaysia dan Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 5:39 PM