PENGAWAL keselamatan menutup pagar Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 berikutan masalah jerebu dengan bacaan IPU 181, hari ini. FOTO Zulfadhli Zulkifli.
Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


SEBANYAK 648 sekolah kerajaan dan swasta di seluruh negara, ditutup hari ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), penutupan sekolah itu membabitkan 452,681 pelajar.

Daripada keseluruhan jumlah sekolah itu, 636 daripadanya sekolah kerajaan manakala 12 lagi sekolah swasta.

Berdasarkan statistik dikeluarkan, Sarawak paling terjejas dengan 298 sekolah kerajaan terpaksa ditutup membabitkan 128,291 pelajar, diikuti Selangor 201 sekolah (240,447 pelajar) dan Negeri Sembilan 111 (48,980 pelajar).

Di Putrajaya, 25 sekolah kerajaan ditutup menyaksikan 27,531 pelajar tidak dapat mengikuti persekolahan.

Sementara itu, lima sekolah swasta di Selangor turut ditutup diikuti Kuala Lumpur (empat), Putrajaya (dua) dan Negeri Sembilan (satu).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 5:10 PM