FOTO hiasan
BERNAMA

PENGELUARAN i-Kad bagi pekerja asing digantung sementara waktu sejak 17 Julai lalu disebabkan isu teknikal.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, berikutan itu pekerja asing dikehendaki membawa pasport mereka buat masa ini.

“Kami sedang berusaha yang terbaik untuk mengatasi isu (teknikal) ini secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, i-Kad diperkenalkan pada 2014 sebagai kad pengenalan untuk warga asing bagi membantu pihak berkuasa mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI).

I-Kad dikeluarkan berdasarkan sektor pekerja asing bekerja yang dibezakan melalui warna kad iaitu ekspatriat (emas), pertanian (hijau), perladangan (oren), pembinaan (kelabu), perkhidmatan (kuning) pembuatan (merah) dan pembantu rumah (coklat).

i-Kad dilengkapi ciri keselamatan canggih termasuk biometrik dan barkod untuk memudahkan pemeriksaan pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 4:36 PM