KEADAAN jerebu di Sri Aman pada jam 9 pagi. FOTO Ihsan Roslizawati Nor Aziz
Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


TAHAP kualiti udara di Sri Aman, Sarawak terus merosot apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) dicatatkan pada 367, iaitu tahap berbahaya, setakat 11 pagi ini

Ia berbanding bacaan 365 pada jam 8 pagi tadi.

Keadaan ini menyaksikan 97 sekolah di Sri Aman, ditutup hari ini.

Selain itu, kualiti udara di Kuching pada jam 11 pagi tadi, pada tahap amat tidak sihat apabila mencatatkan bacaan 220, berbanding 219, pada jam 8 pagi.

Johan Setia Klang pula menjadi satu-satunya kawasan di Selangor yang berada pada tahap amat tidak sihat dengan bacaan IPU 236 pada jam 11 pagi, berbanding 232, dua jam sebelumnya.

Dua lagi lokasi di Semenanjung Malaysia turut berada pada tahap amat tidak sihat iaitu di Nilai dan Port Dickson.

Di Nilai, bacaan 199 yang direkodkan jam 8 pagi bertukar kepada 205 pada jam 11 pagi, manakala di Port Dickson pula, daripada 211 kepada 213.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 11:42 AM