POLIS mengiringi lelaki 40 tahun itu selepas perintah reman diperoleh. FOTO Nik Hariff Hassan.
Muhaamad Hafis Nawawi dan Khairul Najib Asarulah Khan
am@hmetro.com.my


BEKAS suami wanita yang ditemui mati dalam bungkusan selimut di rumahnya di Prima Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Petaling Jaya pada 11.50 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, reman lelaki yang berusia 40 tahun itu sehingga 21 September.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, lelaki itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, Negeri Sembilan pada 1.35 pagi hari ini.

Sebelum itu dia dicari untuk membantu siasatan kematian Nor Hidayah Ahmad, 30, yang disahkan lemas akibat saluran pernafasan ditutup selain ada hentakan dengan objek tumpul di kepala.

Berita berkaitan

Serah diri selepas tiga hari

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 3:17 PM