AZMAN (kanan) bersama Ketua Pegawai Komersil PLUS, Christine Liew (dua kiri) dan Ketua Pemasaran PLUS, Rosdi Effendi Mohammed Effendi mempamerkan tiga anugerah yang dimenangi pada Majlis Anugerah Mob-Ex di Singapura.
BERNAMA

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) baru-baru ini muncul sebagai syarikat lebuh raya pertama memenangi anugerah pemasaran perdana Asia Tenggara iaitu Anugerah Mob-Ex, menerusi kempen cuti persekolahan akhir tahun 2018 ‘Senyuman Sepanjang Jalan’ di aplikasi mudah alihnya.

Dianjurkan oleh Marketing Magazine, anugerah itu diberikan untuk mengiktiraf dan meraikan usaha pemasaran mudah alih yang paling berkesan, inovatif dan kreatif.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, ini adalah kali pertama syarikat itu mengemukakan permohonan bagi anugerah pemasaran dan kemenangan itu adalah petanda baik akan kehadiran jenama syarikat itu.

“Memenangi anugerah, khususnya di peringkat serantau amat penting bagi PLUS, dalam usaha kami meletakkan penanda aras kami berbanding jenama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PLUS turut meraih tiga lagi anugerah iaitu kategori Aplikasi Terbaik bagi Perkhidmatan Kerajaan (Anugerah Perak), kategori Penggunaan Terbaik Pendapat Pemimpin Utama (Anugerah Gangsa) dan kategori Aplikasi Terbaik bagi Hospitaliti dan Pelancongan (Anugerah Gangsa).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 September 2019 @ 5:23 PM