LG

LG Electronics Malaysia (LGE) memperkenalkan penapis air LG PuriCare Tankless yang dilengkapi teknologi tanpa tangki bertujuan menyediakan akses mudah dan sihat kepada air minuman bersih di rumah.

Produk penapis air pertama jenama LG untuk pasaran tempatan itu menyediakan air minuman bersih secara pantas dan mesra alam sekitar.

Teknologi tanpa tangki akan menapis air secara terus tanpa memerlukan tangki yang dilihat berpotensi membiakkan mikroorganisma berbahaya sekali gus dapat menawarkan kesegaran dan penghidratan yang sihat.

'Inverter Compressor and Induction Heating (IH) System' yang digunakan penapis air ini juga membolehkan ia menawarkan air minuman bersih sama ada pada suhu sejuk, panas dan bilik dengan penjimatan penggunaan tenaga melalui teknologi pemanasan segera.


Pengarah Urusan LGE, Kim Kyutae berkata penapis air itu didatangkan dengan ciri pintar melalui reka bentuk nipis dan pusingan 180 darjah yang membolehkan penggunaan ruang lebih baik di dapur dan membolehkan pengguna mengambil air daripada arah yang diingini.

Paparan sentuhan di penapis air itu juga membolehkan pengguna untuk menetapkan jumlah air yang diingini dan memeriksa status penapis melalui lampu petunjuk.

"Selain itu, ciri Smart Diagnosis akan memudahkan penyelesaian masalah, mengenal pasti isu dan mencadangkan penyelesaian.


"Ia turut dihubungkan dengan aplikasi SmartThinQ melalui Wi-Fi bagi membolehkan pengguna memantau penggunaan air pada setiap hari, minggu, bulanan dan tahunan serta memeriksa pensterilan UV dan menerima peringatan untuk sebarang masalah melalui telefon pintar," katanya.

Beliau berkata, pengguna penapis air itu juga akan menikmati pelan komprehensif LG dikenali Total Service Care 1.2.3 yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan termasuk penukaran komponen utama dan lawatan ke rumah secara tetap daripada juruteknik bertauliah.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 3:40 PM