Bomba menjalankan operasi mencari mangsa di air terjun Berkelah. FOTO Ihsan JBPM
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@hmetro.com.my


DUA penuntut lelaki Kolej Matrikulasi Pahang dikhuatiri lemas selepas mandi di tingkat satu air terjun Berkelah, Kuantan hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti dikatakan pergi ke kawasan hutan lipur itu bersama beberapa rakannya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, bagaimanapun kedua-dua mangsa dikatakan tidak timbul selepas mandi di kawasan itu sebelum rakan mangsa menghubungi pihak berkuasa.

“Kita terima panggilan 10.13 pagi dan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas terbabit dalam operasi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut terbabit dalam operasi mencari mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 12:51 PM