Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


KEHEBATAN HUAWEI nova 5T sememangnya menjadi bualan dunia dan kini tiba masanya untuk menjadikan ia milik anda dengan membuat tempahan bermula esok.

Menawarkan lima kamera kecerdasan buatan (AI), prestasi Dual NPU serta reka bentuk bergaya dan warna memukau, peranti dengan harga hanya RM1,599 seunit ini adalah telefon pintar yang harus dimiliki.

Telefon nova generasi ke-5 ini sememangnya peranti yang harus dimiliki dilengkapi dengan perisian kelas pertama dan harga berpatutan.

Bagi pengguna telefon pintar yang inginkan peranti bergaya, kamera terbaik dan pengalaman bermain ‘game’ yang mengujakan, inilah pilihan yang tidak harus dilepaskan.


Mula dibuka untuk pratempahan bermula esok, peranti ini dilengkapi dengan lima kamera AI, kamera 48MP Quad AI di belakang dan kamera depan swafoto 32MP untuk mengambil gambar yang jelas dalam cahaya rendah dan memenuhi semua jenis senario.

HUAWEI nova 5T ini menawarkan versi EMUI 9.1 yang dipertingkatkan untuk menjadikan kualiti hidup pengguna lebih meningkat melalui pengalaman pengguna baru yang memberi tumpuan kepada hiburan dalam perjalanan seperti panggilan video yang boleh dikongsi dengan hanya satu ‘tap’.

Selain itu, HUAWEI nova 5T ini juga memiliki set cip bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia, menggunakan set chip terunggul HUAWEI sendiri iaitu Kirin 980 yang dilengkapi 8 gigabait (GB) RAM dan 128GB ROM yang terdiri dari teknologi penyimpanan ultra pantas UFS 2.1.


Bagi yang gemarkan permainan atas talian, peranti ini turut dilengkapi dengan GPU Turbo yang boleh mengoptimumkan permainan di mana sahaja dengan mengurangkan penggunaan bateri, memastikan visual permainan yang tinggi dikekalkan dan permainan yang lancar tanpa bingkai.

Tiada mod gangguan yang terdapat semasa bermain juga sesuatu yang cukup mengujakan terutama si pemain atas talian.

HUAWEI nova 5T ini juga mempunyai bateri berkapasiti 3750mAH dan dilengkapi dengan teknologi SuperCharge 22.5W yang membolehkan bateri dicaj sehingga 50 peratus hanya dalam 30 minit.


Dari segi rekaan, ia nyata memukau dengan kamera dalam skrin dengan 4.5 mm kamera kecil ultra kecil.

Pilihan warna juga menarik dan berkilau iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan hitam, menjadikan penampilan pemiliknya semakin menyerlah.

Dijual pada harga RM1599, pengguna yang membuat pratempahan bermula esok hingga 5 September berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif termasuk pembesar suara mini HUAWEI bernilai RM198, HUAWEI SuperCharge Car Charger bernilai RM127 dan juga jaminan setahun.


Program Level up juga ditawarkan kepada pengguna Nova bermula dari 7 September dan seterusnya di HUAWEI Store.

Bagi yang ingin melihat sendiri dengan lebih dekat HUAWEI nova 5T ini, jangan lepaskan peluang melawati roadshow HUAWEI. Maklumat lanjut, layari HUAWEI Online Store.

Pada masa sama, selain HUAWEI nova 5T, pratempahan untuk MEdiaPad M5 Lite 10 juga mula dibuka bermula esok.

Dilengkapi dengan perlindungan mata Multiple dan sistem bunyi Harman Kardon, dengan harga RM 1299, pengguna yang membuat pratempahan esok berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif dengan pembesar suara mini dan Mpen yang bernilai sehingga RM268.

Untuk pratempahan pula boleh dilakukan di HUAWEI Online Store. Untuk maklumat lebih lanjut layari laman web rasmi HUAWEI

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Ogos 2019 @ 4:24 PM