GAMBAR fail menunjukkan Kamaruddin ketika dirawat di hospital. FOTO Arkib NSTP
Muhamaad Razis Ismail
razis@nstp.com.my


KEADAAN Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah yang parah ditetak pada bulan lalu, sudah beransur pulih seperti biasa.

Anaknya, Datuk Shahrul Nasrun, 33, berkata, perkembangan kesihatan bapanya itu menggembirakan ahli keluarga lain.

Katanya, selepas kejadian itu, bapanya kelihatan bersemangat dengan menyertai mesyuarat parti baru-baru ini.

“Kami sekeluarga bersyukur melihat keadaan bapa yang semakin sihat. Semangatnya kuat biarpun mengalami kecederaan parah.

“Pada masa sama, saya turut nasihatkan bapa sentiasa berhati-hati ketika berada di luar.

“Setakat ini, saya difahamkan oleh polis, siasatan masih dijalankan dan tiada perkembangan terkini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika memaklumkan, sehingga kini, tiada perkembangan terkini berhubung siasatan membabitkan veteran UMNO itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan dua suspek yang terbabit dalam kes berkenaan,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Kamaruddin parah selepas ditetak dan dikelar di pinggang serta perut oleh dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di hadapan kedai kopi di Jalan Tengku Chik, Kota Bharu.

Mangsa dikatakan baru keluar dari kedai berkenaan menuju ke masjid sebelum diserang dua suspek terbabit.

Berita berkaitan

Tujuh saksi sudah beri keterangan

Veteran UMNO ditetak

'Bakpo buat aku?'

Suspek tetak veteran UMNO diburu

'Mungkin maklumat dadah'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 1:25 PM