Iskandar dikehendaki polis untuk siasatan kes penipuan pelaburan di Perak. Foto Ihsan PDRM
Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my


IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sedang mengesan dan mencari seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes penipuan pelaburan.

Dalam kenyataan dikeluarkan IPD Taiping, lelaki yang dikehendaki itu adalah Iskandar Isahak, 49, dengan alamat terakhirnya di Kampung Parit Raja Gersik, Muar.

Lelaki berkenaan dikehendaki oleh IPD Taiping bagi menyelesaikan satu kes membabitkan penipuan pelaburan di Perak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Selvakumar di talian 011-36262750 atau Pejabat Bahagian Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Taiping 05-8291322.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 5:53 PM