PENGURUS Besar MBOR, Edward Sin (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada Chan (tengah), semalam. FOTO Ramdzan Masiam
HM Digital

PEMAJU hartanah terkemuka, Eco World Development Group Berhad (Eco World Malaysia) memperoleh pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) apabila kawasan pembangunannya iaitu Eco Horizon menjadi tuan rumah bagi menganjurkan acara ‘B Duck’ terbesar dan pertama di negara ini.

Aktiviti mempunyai peminat tegar berpangkalan di Hong Kong, China, Korea Selatan dan Thailand itu dijadualkan berlangsung selama sebulan bermula kelmarin, hingga 16 September depan.

Waktu operasinya pula adalah hanya dari Jumaat hingga Ahad iaitu bermula dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Pengurus Besar Bahagian Eco World Malaysia, Chan Soo How berkata, pihaknya teruja dapat menganjurkan acara ‘B Duck’ pertama
di negara ini dengan tema ‘Gaya Hidup Baru’.

Katanya, pada setiap masa kumpulan syarikat itu tidak pernah terlepas daripada mengadakan acara menarik, sekali gus memperkenalkan kawasan pembangunannya kepada masyarakat sekitar di samping menekankan konsep kekeluargaan.

“Pembangunan di kawasan Eco Horizon bermula dua tahun lalu dengan pelaksanaan projek rumah teres dan kami kini sedang melaksanakan pembinaan frasa kedua dikenali ‘Brydon Precint’ di atas tapak berkeluasan sekitar 121.2 hektar dengan membina rumah Semi D dan banglo.

“Penganjuran acara B Duck memberi peluang kepada kumpulan syarikat memperkenalkan projek terbaru kepada semua disamping membolehkan mereka bergambar dan bermain dengan karakter serta figura itik disediakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 6:15 AM