CHE Zakaria di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Raja Noraina Raja Rahim dan Hasbi Sidek

PROSES bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, dijangka selesai 7 malam, hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman yang memaklumkan bedah siasat sedang berjalan.

Menurutnya, laporan hasil bedah siasat akan diumumkan dalam satu sidang media yang dijangka dilakukan, 8 malam ini.

“Ketika ini bedah siasat masih dijalankan dan dijangka siap dalam dua jam lagi,” katanya kepada pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), Seremban, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 50 pengamal media mula menunggu di hadapan Jabatan Perubatan Forensik HTJS selepas sidang media dijangka diadakan 5 petang.

Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) melakukan proses bedah siasat mayat Nora Anne.

Mereka tiba di Jabatan Perubatan Forensik HTJS menaiki kenderaan HKL, 9.06 pagi tadi.

Bedah siasat mayat Nora Anne dimulakan, 10 pagi tadi.

  • Lagi berita berkaitan Nora Anne Quoirin
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Ogos 2019 @ 6:04 PM