JKM sedang mengesan waris bayi lelaki yang ditemui orang ramai di Masjid Al Azim, Pandan Indah di Ampang pada 25 Mei lalu. Foto Ihsan JKM
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Langat sedang mengesan waris kepada bayi lelaki yang ditemui dalam tong sampah tanpa sebarang dokumen di Masjid Al Azim, Pandan Indah di Ampang pada 25 Mei lalu.

Pelindung JKM Daerah Hulu Langat Lockman Hakim Tomirin berkata, bayi berusia dua bulan itu ditemui orang awam dalam tong sampah berkenaan.

“Ketika ditemui, bayi terbabit dipercayai baru saja dilahirkan dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Ampang oleh orang awam untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Lockman Hakim berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di bawah jagaan dan pemantauan pihaknya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris bayi berkenaan diminta menghubungi saya di talian 03-87378007 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Ogos 2019 @ 3:29 PM