ORANG ramai memperingati mangsa MH17 di Seri Kembangan pada 24 Julai 2014. FOTO arkib NSTP
Khairul Najib Asarulah Khan
khairul.najib@nstp.com.my


ORANG ramai dijemput ke persidangan Mencari Keadilan MH17 di AuditoriumUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada Sabtu ini.

Program anjuran Gerakan Keadilan Sedunia (JUST), Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) dan Pusat Kajian Globalisasi (CRG) itu turut mendapat kerjasama UIAM.

Persidangan bermula 7.30 pagi sehingga 6 petang itu bagi berkongsi pandangan dan maklumat berhubung kronologi tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal akibat ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Antara pengisian program itu adalah memaparkan dokumentari kejadian, perbincangan sudut perundangan, pelan tindakan dan lain-lain.

Program ini percuma namun mereka yang ingin menyertai perlu membuat tempahan tempat terlebih dulu dengan menghantar butiran diri di hassanal@just-international.org atau pgpfevent@gmail.com.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 10:39 PM