BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengah Hari bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan, Shah Alam, hari ini.

Seri Paduka berangkat ke majlis berkenaan sebaik selesai menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Sharafuddin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Turut berangkat ke majlis santapan itu ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, Seri Paduka dan Sultan Sharafuddin berkenan untuk bertukar-tukar cenderamata sempena majlis berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 6:02 PM
AL-SULTAN Abdullah (kanan) melambai ke arah jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri). Turut berangkat Sultan Sharafuddin. FOTO Bernama