EMPAT gerai PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam, Kampung Pantai Dalam musnah dalam kebakaran. FOTO IHSAN JBPM
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


EMPAT gerai di Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam, Kampung Pantai Dalam, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.16 pagi.

“Seramai 26 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak di bawah blok bangunan menyebabkan empat gerai di lokasi berkenaan terbakar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal jam 5.38 pagi sebelum api padam sepenuhnya jam 7.01 pagi.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 8:47 AM